Wednesday 28 April 2010

AVATAR VERSI MALAYSIA TELAH MUNCUL !!

Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?
CUIT ZAINI HASSAN




SUDAH banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malaysia terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu 'pulun' semua sekali pengaruh Cina di negara ini.


Seperti mana yang saya tulis sebelumni, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya.Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu.Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.



Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.


Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.


Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.


Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah. Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.


Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.


Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.


Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.


Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?


Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artificial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.


Akibatnya,DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.


Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu,dengan syarat - mereka bersatu.


Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.


Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.


Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. UMNO pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ''mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat."


Namun,keputusan Hulu Selangor amat disenang oeh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu,keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada 'rakyat' Hulu Selangor.


Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.


Kit Siang ternyata amat gembira,sebaliknya Dr. Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon yang gagal.


Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata ''MCA kena vokal''? Saya pun tak tau?


Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?


Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.


Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.


Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia.Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.


Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.


Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.


Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.


Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.


Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.


Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini(jika ada).


Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.


Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.


Akhir sekali,orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.


1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim Kok Thay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Seri Lee Kim Hua 9. Tan Sri Tiong Hiew King 10.Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. (Sumber: Malaysian Business, Feb 2010)


Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?




Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya.

Sunday 18 April 2010

FEEL the FOOLS

Are you, your children and family irrelevant fools?



I had a chat with
power
and
wealth
:


“Let me tell you this. And listen carefully. Forget your idealism if you want to be counted. Forget your ideals and your quest for a just society. All this is mere talk and waste of time. You are being irresponsible to yourself and your family. They need you. They are the ones that care for you. Not the masses called “the People”.

Do you really think people care that you are fighting for their well beings and rights? Who are you? What can you do alone or with your friends? All you people can do is just hold seminars, give talks, maybe demonstrate once in a while and the what? The world does not change at all. You and your friends will still be where you all are - forever struggling in life. Look at me. I just have to be master.

Look at me. I am a capitalist. I am in politics. I have a party behind me. I have power and wealth. I have the whole system behind me. I have the networks. I can do more good than you can ever dream of.

Come on. Give up your childish dreams and join me. Support me. I can make you rich and make you respectable. The people only know only thing – their own selfish need to survive. They too want to feel useful and important. I will teach you the secret to make yourself a lord over them. Do not be a foolish candle and burn your self. They will simply replace you with another candle. They will never be a candle themselves. So, why should you?

Do you know that to be the lord, you must have subjects? They must forever need you and know that only you can make a difference in their miserable lives. You must forever be above them and they, forever beneath you.

Enrich them, but make sure that they are never too rich such that they no longer need you. Help them enough such that it is just enough. They will have to come to you for help. That is important. That’s where you have power. You become indispensable and respectable to them.

Give them fishes but never teach them to fish. If you teach them to fish, that will raise their dignity to live independently. Do not do that. Dignity is only for you, the master. Not for the people, the masses, the subjects. Every time they need a fish, they have to come to you. They will be willing to trade their human dignity for the fish. They will bestow upon you titles, give you more access to wealth that they do not understand and they will kiss your hands.

But make sure they are not too poor. Poor people have nothing to lose. They are so used to suffering and indignity, they may rise against you. That is not good. If you have to, make sure only a few are poor and make a show of helping them. It is excellent marketing for the image to make a show of helping the poor. It is simple actually…if you do not want to spend too much money, just visit them. Yes. Just a visit for 10 minutes will do much for your image as a leader. The people will hail you as a sensitive leader. Trust me. After 3 days, the poor folks will be forgotten and everyone will assume that you actually have helped them to live better.

So, why are you being such a fool? Why do you insist on doing what you are doing? Don’t you see that all your activities are a waste of your life? Think and be counted. Be like me. Be rich. Be powerful and be king in life.

What? You want people to think? Still being a fool aren’t you? The only thing they know is to admire others greater them in wealth and power. They like to be mesmerized. They enjoy being servants of the lord. I have made sure that they have no time to think. I have made them busy trying to live. I have engineered what information they should get.

People will not think. They will not want to sacrifice their precious time to think about what I am really doing. They have their daily living to struggle with.

People should just follow me. Not think. How many normal people get invited to give their views on important things? They are irrelevant. They have been trained to receive and listen. To be the obedient dog that wags its tail everytime the master comes. Do you want to be the dog or the master?

You cannot change the system. You do not have the power nor the wealth. I am the power. I am the wealth. I am the system. I count. You don’t.

People are fools and are meant to be so. You are one of them. So grovel at my feet for your own good so that I can give you a fish”.




MASIH BERMIMPI DI SIANG HARI...

~dedicated for my LIM KIT MALAM~



Peace ~



Friday 9 April 2010

JUST SHUT UP!

This song by Blackeyed peas could very well refer to the relationship between politicians and Rakyat - with some changes in the lyrics!

Politicians better start working and stop the talking..or the Rakyat will start walking away from you.