Sunday 31 January 2010

Can u heal by my wound?

"Siapakah aku sebenarnya?"Bilamana aku diberi pilihan oleh seorang pemerintah.Maka,dasarnya pemerintah,memberikan perintah dan akan menunggu..menunggu hasilnya.Lantas aku pun memberikan ikrar untuk menghasilkan.Aku cuba menzahirkan sebuah hasil.Tapi cubaan zahir tidak kan sama mampunya dengan batin..Our very eyes are sometimes like our judgements,BLIND...Maka bilamana aku diberi pilihan,aku tidak mampu menolak kerana sebaik-baik pemerintah adalah yang memberi pilihan.Aku tak akan menolak pilihan ini..Akan ku 'tunggu' bersama-sama pemerintah.Hanya kerana aku bukanla sosialis, yang menolak pilihan Tuhan,kerana Tuhan melihat semua manusia sama di sisi-Nya ? Tidak..Bukan begitu..
Wahai pemerintah,jangan berusaha berfikir untuk merubah perintah yang sedang dilaksanakan, kerana hal itu akan mengganggu pengembaraanku..
Apakah aku sebenarnya...?

Kelihatannya kita sedang jauh mengembara....untuk mendekatkan apa yang tidak begitu jauh tetapi hakikatnya jauh...

Mencari mana hulu,mana hilir..mencari apa??Mencari satu kuasa.Kuasa apakah.Usah dipersoal,tidaklah aku reti untuk mengajar kalian..hanya aku reti untuk mengajar diriku bahawa kuasa itu wujud.Andai keruh hulunya,keruhkah hilirnya?Tidak bukan...Tidak begitu semestinya.Aku mahu kuasa.Berikan aku "kematian" atau "kebebasan".Samaada kematianku akan menjadi satu tragedi atau kematian kita akan menjadi satu statistik..Kedua-duanya tidak ku mahu! Segala yang aku mahu adalah bebas! Tapi,bagaimana...

Aku tidak mahu menjadi Sinai yang dibebaskan untuk Camp David..Bukanlah sedemikian rupa kejamnya keadilan yang ku pinta.Lalu, keadilan apakah ini yang kau katakan?
Usah dibahaskan lagi,tidaklah aku reti untuk mengadili permainan ini,cukupla aku reti untuk mengadili diriku bahawa kebebasan itu wujud..Keadilan dan kebebasan itu sesungguhnya bukan terletak pada teks kata-kata perundangan, tetapi pada jiwa sang hakim..
Bebaskah aku sebenarnya?

Seakan-akan aku semakin tidak mampu untuk berkata-kata..

I know how to be silent..

but,
not trust-to-be silent.
not hope-to-be silent.
not patient-to-be silent.

Im full of hope,full of trust, and full of patient..

Jika Tuhan memberi HARAPAN kepada seseorang hambaNya, tentu Dia mengilhamkan kepada hamba itu untuk mewujudkannya..dalam diam.sepi.silent...supaya dekat denganNya..Dalam diam-diam,bukankah hamba yang paling dekat dengan Tuhan?Dalam diam-diam,bukankah Sunni yang paling dekat dengan Syiah?Dalam diam-diam,bukankah Mesir yang paling dekat dengan Israel?Dalam diam-diam,bukankah Ikhwan Muslimin yang paling dekat dengan Isma?Dalam diam-diam,bukankah Kahfi yang paling dekat dengan Maryam? .S.i.l.e.n.t.

Pengembaraan ini sudah terlalu lama.And so now we own both readers and critics in this long journey.Kerna perlahan-lahan manusia akan mengenali jua..Aku mengerti..

(suara latar "when da dajal come to earth" by mutusamy)

Sebagaimana si Dajal yang membuat manusia secara perlahan-lahan mengenali dirinya..peribadinya,wataknya,karektornya malah struktur fizikalnya turut ditunjukkan,diceritakan dan disebarkan kepada umat manusia secara perlahan-lahan dan silent,agar lewat kemunculannya sekejap nanti, manusia akan dapat menerimanya..Dekat dengannya.

Darihal lewat lama lagi, kisahku ini pasti tersalai menjadi ayat-ayat cinta.Persis ayat Dalai Lama ini yang disumbat ke dalam mulutku supaya aku terus mengayat:


" This world is not perfect "

Bilamana aku semakin tidak mampu untuk sempurna..Berilah aku peluang itu sekali lagi..Untuk diulangi sekali lagi..Jika aku seorang lelaki,maka inilah idea yang penuh emosi.Dan jika aku seorang perempuan,maka inilah kepercayaan yang penuh emosi.Ketidakmampuan adalah satu proses sementara keyakinan bakal adalah hasilnya...

Kalau beginilah,inikan maka hasilnya?KEYAKINAN YANG PENUH EMOSI..owh!
Aku selalunya begini...Inilah cerita sebenarnya.



" The fact that there is always a positive side to life is the one thing that gives me a lot of happiness. This world is not perfect.There are problems.But things like happiness and unhappiness are relative.Realizing this gives u HOPE"..

_dalai lama_

Friday 22 January 2010

Kahfi mengajarku...

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini,di jiwa ini
Hampa..

Ku bertemu sang kahfi di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina..

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan aku restu dan halalmu
Tuhan berikan aku cinta!


Supaya Kahfi terus memahami..setelah kali ke berapa kali kahfi sentiasa sering memahami..

Cinta itu adalah ibarat..Ibarat orang sakit yang meminum ubat yang tidak enak.Khilaf dari segi rasanya yang pahit,ia tentunya musibah.Namun, dari segi ia dapat menghilangkan penyakit yang lebih berbahaya dari rasa pahitnya ubat itu,ia menjadi kenikmatan.Sebuah keburukan yang sedikit yang dapat menghilangkan keburukan yang lebih besar adalah kenikmatan.Itulah asbabnya..Orang yang tolak asbab adalah bodoh dan orang yang yakin dengan asbab lagi lagilah bodoh..

Orang 'buta' tidak boleh bercinta!Kerana akan membawa seksa yang lebih dorjana dari dajalnya si dajal.Mengapa?Kerana racun yang terkandung di dalamnya lebih berbahaya daripada manisnya madu itu sendiri.Hanyalah si buta yang tidak dapat membezakan madu lalu mencampurkannya sendiri dengan racun untuk dijadikan minuman hidangan.Tetapi..

Kahfi tidak buta bukan??

Cinta itu ada tabiat cinta..Tabiatnya ibarat apabila kahfi meminum ubat yang tidak enak.Tabiatnya ubat,rasanya yang pahit..ia pasti akan melukakan kahfi.Bersabarlah sedikit wahai sayang..
Kerana juga tabiatnya sang ubat,apabila sabar menunggu,ibarat ketika sabarnya seorang hamba menanti jodohnya,sang ubat akhirnya akan menyembuhkan penyakit.Sebuah kesabaran yang sedikit yang dapat menghilangkan kelukaan batin yang lebih besar..itulah cinta..Dan batin cinta akan terus tersuluh dengan zahirnya.Kerana itulah tabiat cinta.Kerana cinta tidak pernah buta..tidak teraba raba....

YA ALLAH,

Akulah hamba yang Engkau beri perintah,namun aku cuai.Akulah hamba yang telah Engkau beri larangan,namun aku membangkang.Seandai Engkau mengampuniku,bererti karunia buat diriku.Tetapi kalau Engkau menyeksaku,tidaklah Engkau berbuat zalim.Maha suci Engkau,sungguh tidak ada yang berhak disembah melainkan Engkau..

DemiMu,pabila Engkau memberi pengampunan kepadaku,lebih layak aku merasa malu dengan apa yang bakal aku persembahkan kepadaMu!Dalam aku masih teraba raba dalam terangnya cintaMu,wahai sang Pengampun!!Mengapa?


Tatkala hatiku membeku dan perjalananku terganggu,
Ku jadikan HARAPANKU kepadaMu sebagai jalan utama..

Sungguh aku diberatkan oleh dosa dosaku,
Namun bila aku iringi dengan keampunanMu ya Robbi,
Oh keampunanMu lebih besar adanya..

Selama aku memohon meminta dan terus meminta dan akan terus...selama itu pula Engkau tetap memberi dan akan tetap terus memberi sebagai pemuliaan dan kurnia..
Lalu,mana mungkin aku berputus asa??Sabarlah wahai dua hati....Tuhan sedang memberi..

Kalau bukan Engkau yang memberi,tidak seorang ulama' pun mampu melawan iblis selalu..bagaimana tidak?Bukankah si iblis telah menjerumuskan si lemah Adam,bapa sekalian manusia?
Tapi Ya Allah..
Bukanlah aku si suci Maryam yang begitu tabah berlindung kepadaMu dari onar fitnah dunia dan bukanlah dia si agung Kahfi yang melindungi dunia dengan 10 ayat pertama dan terakhir utk melawan si Dajal..

Moga bersatu Kahfi dan Maryam dalam rahsia kalimah cintaMu..

Thursday 21 January 2010

Tatkala aku sedang belajar…

Aku bersetuju.Aku bersetuju untuk tidak bersetuju.Bagaimana?Mustahil engkau boleh simpan 2 cinta dalam hati.Engkau bohongi Allah?

Aku seorang yang realistik.Mengikut tafsiran aku…Suka menilik nasib sendiri.Macam tukang tilik.Dari dulu lagi realistik,tapi aku perasan dalam hatiku ada engkau.Lagi tafsiran aku…Suka hati akulah!Siapa lagi akan menilik nasib tukang tilik?

Lalu,aku ingin kembangkan watak aku dalam kehidupan ini.Bagaimana?Aku telah berkembang sebenarnya,sejak dulu lagi..Jika tidak,masakan aku boleh percaya wujudnya manusia yang boleh habiskan satu Quran dalam satu rakaat.Logistik aku mengatakannya haram.Engkau memangla percaya!Dari dulu lagi…Namun,hakikat ini telah pun lama aku percaya.Ini bermakna engkau sudah lama wujud dalam diriku.Aku ingin menjadi engkau.Bermakna jua aku bukan realistik..Lagi tafsiran aku…Engkau yang membuatkan perkembangan watak aku macam lalat.Pening!

Orang beriman,apabila melakukan maksiat,akan merasakan seakan-akan sebuah gunung yang besar menghempap badan mereka.Orang munafik pulak,akan merasakan seolah-olah macam lalat sahaja bilamana melakukan maksiat…Lalu…engkau takkanlah munafik?Nauzubillah….Aku?!

Siapa sedar naluriku sedang belajar untuk berubah?Ketikamana engkau telah keboringan dengan aku…Aku sepi,seperti katanya SEPI : Hai kekasihku…kelmarin aku adalah satu-satunya orang yang berada di alam maya ini.Kesendirian itu kejam seperti maut.Aku sendirian seperti bunga mawar yang tumbuh dalam bayang-bayang batu karang yang tinggi,kerana itu kehidupan tidak merasakan keberadaanku,dan aku tidak merasakan adanya kehidupan…..

Maafkan aku wahai SEPI,kerna mencuri watakmu.Pantang SEPI merelakan pencurian ini..Jangan takut melanggar pantang,jika pantang menghalang kemajuan,jangan segan menentang larangan,jika yakin kepada kebenaran,jangan malu mengucapkan keyakinan,jika percaya pada keadilan Tuhan…Tuhan sedang menyuruh aku untuk belajar untuk berubah….

Engkau?Akhirnya engkau bersetuju untuk bersetuju.Alhamdulillah.Aku tunduk tersipu-sipu.Malu.Akhirnya sepi seperti bunga mawar yang tumbuh dalam bayangan,keluar untuk menampilkan kewangiannya meninggalkan bayangan yang selama ini menutup keberadaannya…Aku merasakan watak engkau telah gagah dalam cerita kehidupan ini.Engkau tergelak kerana memahami.Sebab engkaulah yang sering mengucapkan kepadaku, “Segagah-gagah orang dalam dunia ini adalah orang yang paling kuat tawakalnya pada Ilahi.”

Aku pun tergelak dengan watak aku sendiri.Bagaimana engkau boleh memahami watak aku sedangkan aku sendiri masih kabur dengan stigma watak aku di saat ini?Astigmatism…Blur.Blur disebabkan hanya watak aku ini hidup!Sakit!Apa sebenarnya yang aku perlukan dalam hidupku?Ya ROB…..

Aku berbuat baik bukanlah semata-mata demi syurgaMu ,aku berbuat onar bukanlah bermakna mengharapkan nerakaMu,tapi hanyalah aku mendambakan REDHAMU…Rintihan Robiatul Adawiyah..

Aku hidup bukan sekadar memenuhi keperluan hidupku tapi mengutamakan tujuan hidupku padaMu…Rintihan aku.Aku menafsir rintihan sendiri…

Lagi tafsiran aku!!

Tidak bersetujukah engkau denganku di saat ini?Aku sedar,di waktu ini,di waktu lampau dan di waktu akan datang,tidak akan pernah ada waktu di mana seluruh penghuni di alam ini ataupun yang sewaktu dengannya akan bersetuju dengan kata-kataku.Sunnatullah.Perkataan seseorang selain Nabi boleh engkau tolak…Boleh juga engkau terima…Aku redha.Termaktub usul ke-6 daripada 20 usul.Memang tidak salah…Maka,tidak juga salah aku meraikan watak aku kali ini,sebab aku telah pun meraikan watak engkau sebentar tadi.

Maka,apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik,seorang yang beriman mesti memanfaatkannya.Kebaikan tidak punya identiti Timur atau Barat,Utara atau Selatan.Asalkan baik sahaja ia,maka Islamlah ia.Islam dalam erti kata,tunduk,berserah dan mengikut sunnatullah.

Maka,telah sampai masanya aku menerima kenyataan.Aku tidak akan lagi memisahkan engkau daripadaku,maafkan aku jika selama ini akulah yang cuba untuk menduakan watak aku yang dari azali lagi hanyalah SATU.Hanyalah aku…Engkau bahawasanya tidak mahu wujud,kerana engkau adalah aku jua…Hanyalah impianku untuk membawa ‘engkau’ bersamaku..dan impian ini benar-benar aku mahu!Akan ku buktikan engkau layak menjadi ‘engkau’ suatu ketika nanti…

Akhirnya,engkau buat seketika sudah tiada lagi…dan aku bersetuju.Kali ini bersetuju untuk bersetuju.Tegas.Garang.Walaupun sakit...Jika aku mahukan kemesraan dengan Allah,maka aku kenalah garang dengan diriku sendiri.Kerana aku sedang merasakan manisnya berhubung dengan Allah,tahulah aku betapa peritnya berpisah denganNya…….

Andai dipisahkan,aku takut aku tidak mampu….

Doaku… Agar ‘engkau’ diberi ruh dan nyawa sepertiku moga lenyaplah maha kerinduan ruh nyawaku ini tatkala aku mula berharap untuk mengesahkan kerinduan ini...Tatkala aku belajar merinduimu…