Thursday 21 January 2010

Tatkala aku sedang belajar…

Aku bersetuju.Aku bersetuju untuk tidak bersetuju.Bagaimana?Mustahil engkau boleh simpan 2 cinta dalam hati.Engkau bohongi Allah?

Aku seorang yang realistik.Mengikut tafsiran aku…Suka menilik nasib sendiri.Macam tukang tilik.Dari dulu lagi realistik,tapi aku perasan dalam hatiku ada engkau.Lagi tafsiran aku…Suka hati akulah!Siapa lagi akan menilik nasib tukang tilik?

Lalu,aku ingin kembangkan watak aku dalam kehidupan ini.Bagaimana?Aku telah berkembang sebenarnya,sejak dulu lagi..Jika tidak,masakan aku boleh percaya wujudnya manusia yang boleh habiskan satu Quran dalam satu rakaat.Logistik aku mengatakannya haram.Engkau memangla percaya!Dari dulu lagi…Namun,hakikat ini telah pun lama aku percaya.Ini bermakna engkau sudah lama wujud dalam diriku.Aku ingin menjadi engkau.Bermakna jua aku bukan realistik..Lagi tafsiran aku…Engkau yang membuatkan perkembangan watak aku macam lalat.Pening!

Orang beriman,apabila melakukan maksiat,akan merasakan seakan-akan sebuah gunung yang besar menghempap badan mereka.Orang munafik pulak,akan merasakan seolah-olah macam lalat sahaja bilamana melakukan maksiat…Lalu…engkau takkanlah munafik?Nauzubillah….Aku?!

Siapa sedar naluriku sedang belajar untuk berubah?Ketikamana engkau telah keboringan dengan aku…Aku sepi,seperti katanya SEPI : Hai kekasihku…kelmarin aku adalah satu-satunya orang yang berada di alam maya ini.Kesendirian itu kejam seperti maut.Aku sendirian seperti bunga mawar yang tumbuh dalam bayang-bayang batu karang yang tinggi,kerana itu kehidupan tidak merasakan keberadaanku,dan aku tidak merasakan adanya kehidupan…..

Maafkan aku wahai SEPI,kerna mencuri watakmu.Pantang SEPI merelakan pencurian ini..Jangan takut melanggar pantang,jika pantang menghalang kemajuan,jangan segan menentang larangan,jika yakin kepada kebenaran,jangan malu mengucapkan keyakinan,jika percaya pada keadilan Tuhan…Tuhan sedang menyuruh aku untuk belajar untuk berubah….

Engkau?Akhirnya engkau bersetuju untuk bersetuju.Alhamdulillah.Aku tunduk tersipu-sipu.Malu.Akhirnya sepi seperti bunga mawar yang tumbuh dalam bayangan,keluar untuk menampilkan kewangiannya meninggalkan bayangan yang selama ini menutup keberadaannya…Aku merasakan watak engkau telah gagah dalam cerita kehidupan ini.Engkau tergelak kerana memahami.Sebab engkaulah yang sering mengucapkan kepadaku, “Segagah-gagah orang dalam dunia ini adalah orang yang paling kuat tawakalnya pada Ilahi.”

Aku pun tergelak dengan watak aku sendiri.Bagaimana engkau boleh memahami watak aku sedangkan aku sendiri masih kabur dengan stigma watak aku di saat ini?Astigmatism…Blur.Blur disebabkan hanya watak aku ini hidup!Sakit!Apa sebenarnya yang aku perlukan dalam hidupku?Ya ROB…..

Aku berbuat baik bukanlah semata-mata demi syurgaMu ,aku berbuat onar bukanlah bermakna mengharapkan nerakaMu,tapi hanyalah aku mendambakan REDHAMU…Rintihan Robiatul Adawiyah..

Aku hidup bukan sekadar memenuhi keperluan hidupku tapi mengutamakan tujuan hidupku padaMu…Rintihan aku.Aku menafsir rintihan sendiri…

Lagi tafsiran aku!!

Tidak bersetujukah engkau denganku di saat ini?Aku sedar,di waktu ini,di waktu lampau dan di waktu akan datang,tidak akan pernah ada waktu di mana seluruh penghuni di alam ini ataupun yang sewaktu dengannya akan bersetuju dengan kata-kataku.Sunnatullah.Perkataan seseorang selain Nabi boleh engkau tolak…Boleh juga engkau terima…Aku redha.Termaktub usul ke-6 daripada 20 usul.Memang tidak salah…Maka,tidak juga salah aku meraikan watak aku kali ini,sebab aku telah pun meraikan watak engkau sebentar tadi.

Maka,apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik,seorang yang beriman mesti memanfaatkannya.Kebaikan tidak punya identiti Timur atau Barat,Utara atau Selatan.Asalkan baik sahaja ia,maka Islamlah ia.Islam dalam erti kata,tunduk,berserah dan mengikut sunnatullah.

Maka,telah sampai masanya aku menerima kenyataan.Aku tidak akan lagi memisahkan engkau daripadaku,maafkan aku jika selama ini akulah yang cuba untuk menduakan watak aku yang dari azali lagi hanyalah SATU.Hanyalah aku…Engkau bahawasanya tidak mahu wujud,kerana engkau adalah aku jua…Hanyalah impianku untuk membawa ‘engkau’ bersamaku..dan impian ini benar-benar aku mahu!Akan ku buktikan engkau layak menjadi ‘engkau’ suatu ketika nanti…

Akhirnya,engkau buat seketika sudah tiada lagi…dan aku bersetuju.Kali ini bersetuju untuk bersetuju.Tegas.Garang.Walaupun sakit...Jika aku mahukan kemesraan dengan Allah,maka aku kenalah garang dengan diriku sendiri.Kerana aku sedang merasakan manisnya berhubung dengan Allah,tahulah aku betapa peritnya berpisah denganNya…….

Andai dipisahkan,aku takut aku tidak mampu….

Doaku… Agar ‘engkau’ diberi ruh dan nyawa sepertiku moga lenyaplah maha kerinduan ruh nyawaku ini tatkala aku mula berharap untuk mengesahkan kerinduan ini...Tatkala aku belajar merinduimu…

No comments:

Post a Comment