Friday 28 May 2010

Pisang Goreng


Pada suatu pagi..

Bonda Salmah : Anakandaku Mirza,mengapakah ku lihat dirimu begitu asyik bermenung
saja dari tadi?

Nak Mirza : Tidak ada apa-apa wahai bonda…Cuma…hatiku sedikit terusik..

Bonda Salmah : Barang apakah yang bisa mengusik nuranimu itu wahai sayangku?
Bonda ingin sekali mengerti..

Nak Mirza : Owh bonda…Jika begitu,bisa benar aku menerangkannya.Sebenarnya, aku
teringin sekali belajar kapan bagaimanakah caranya untuk membina pisang
goreng.Aku baru saja membelinya di suk sebentar tadi..

Bonda tersenyum girang ,terbayang kesedapan meratah pisang goreng yang baru diangkat dari kuali.

Bonda Salmah : Apakah benar begitu wahai anakandaku? (Tanya bonda ingin mengusik)

Nak Mirza : Ya bonda,benar sekali .(jwab Nak Mirza malu-malu)

Bonda Salmah : Taal ya anakanda…mari ikut bonda ke dapur,bonda bisa tunjukkan gerak-
gerinya.Mudah sekali,lagi mudah dari ABC..

Nak Mirza : Benar bgitu bonda? (Tanya Nak Mirza bersungguh-sungguh seakan tidak
percaya )

Bonda Salmah : Ia, benar anakandaku…resipi ini bonda cipta sendiri,setelah berdozen waktunya,
barulah bonda berpuas hati..

Nak Mirza :Benar begitu bonda? (Tanya Nak Mirza besungguh-sungguh seakan tidak
percaya )

Bonda Salmah : Ia benar anakandaku..

Lalu,Bonda Salmah berlenggang-lenggang mengajar Nak Mirza membuat pisang goreng .Dan akhirnya nak Mirza berjaya membuat pisang gorengnya sndiri.Tepat 100 batang pisang yang digorengnya.

Petang itu…

Nak Mirza : Bonda ! Oh bonda ! Penat sungguh diri ini..

Bonda Salmah : (tersenyum) Ku lihat dirimu begitu girang sekali? Berita apakah yang kamu
bawa? Bonda ingin sekali mengetahuinya..

Nak Mirza : Ia bonda,aku sungguh gembira sekali! Barang 5 minit lalu,aku baru sahaja
menghantar 95 batang pisang goreng kepada Bu Hani,ibu yang mengajarku mata
pelajaran kajian tentang tempatan~Aku sungguh terhutang budi dengan beliau,
beliau banyak mengajarku sejak kecil lagi.Bonda Ingin tahu?~Ku lihat bu Hani,
air liurnya meleleh merenggut pisang goreng yang aku buat.Katanya sedap hg
menjilat jari…oh~

Bonda Salmah : Benar begitu anakanda? (Tanya Bonda Salmah sambil menahan getar suaranya)

Nak Mirza : Benar bonda…Bonda,jika engkau mahu merasanya,aku telah tinggalkan 5 batang
buatmu di dalam dulang di dapur.Rasalah, cumanya ia sedikit hangus,akibat aku
lupa api sdikit kabir tadi.Tak mengapa,nanti ada waktu,insyaAllah aku buat yang
sedap-sedap untukmu macam yang untuk bu Hani ye..

Bonda Salmah : Tidak mengapa anakandaku…Dulupun,masa usiamu membontot setengah
dekad,kelima-lima jariku hampir hangus semasa menggoreng pisang
untukmu,Alhamdulillah ,engkau sudah membalasnya.Allah sugguh maha Adil.

Jawab Bonda Salmah dalam hati sambil meleleh air mata menikmati pisang hangus..

Nak Mirza : Mengapa Bonda menangis?

Bonda Salmah : Aku terlalu gembira,nasib baik pisang ni hangus,kalau tak,tak dapat aku merasa
air tanganmu,sungguh mulia hatimu anakku, memuliakan gurumu.Itulah sebaik-
baiknya.Bonda sentiasa menyayangimu sjak kecil lagi.

No comments:

Post a Comment