Friday 13 August 2010

Bakun dam di Anjung Usia

(Peta Singapura)



Empangan Bakun akan siap pada Disember tahun ini dan dijangkakan mula menjana tenaganya pada July tahun hadapan.


Menyingkap sedikit sejarah Empangan Bakun ianya bermula dengan kerja-kerja ukur tanah pada tahun 1960-an. Kajian kedua pula diteruskan pada tahun 1980-an dimana ia merangkumi penyediaan pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.



Perlaksanaan projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan untuk membangunkan dahulu industri gas asli. Pada 1993 Projek ini diteruskan semula oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993.(Wikipedia)



Apabila siap nanti:
• Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggiannya 205 m.

• Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

• Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

• Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).

• Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.


Walauapapun kehebatan empangan Bakun tetapi yang maha hebat ialah ianya sebesar Singapura. Itulah kemampuan Malaysia yang paling disukai oleh Lim Kit Siang, DAP.hua hua..

1 comment:

  1. APA KAITAN LIM KIT SIANG LAK? KAMU NI MEMANG DI ANJUNG USIA NI (NYAYUK)

    ReplyDelete